BUSUK.ORG

Sunday, July 22, 2012

BISKUT MAKMUR BISTARI

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba ni saya nak berkongsi satu resepi yang mana mudah hendak disediakan. Resepi kita pada kali ini ialah biskut makmur modern. Saya tahu ramai yang pandai membuat biskut, tapi kali ini saya nak berkongsi kelainan resepi kali ini.

Bahan-bahannya ialah,

  • 1 kg tepung gandum,
  • 3/4 kg kacang tanah yang digoreng tanpa minyak,
  • 1 tin sederhana kecil minyak Ghee
  • 2 biji telur,
  • Gula untuk hiasan.
Cara-cara membuatnya senang je, mula-mula gorengkan tepung tanpa menggunakan minyak sehingga tepung menjadi ringan atau kekuningan sedikit (jangan masak hingga hangus). Setelah masak tunggu tepung menyejuk sedikit masukkan telur dan ramas tepung dan telur hingga rata. Awas! Setelah telur dimasukkan ke dalam tepung panas tadi adunan tadi hendaklah diadun dengan segera kerana telur akan masak di dalam tepung menyebabkan adunan menjadi berketul-ketul, dan perkara ini kita mesti elakkan. Setelah adunan tadi siap, masukkan minyak Ghee tadi yang telah dicairkan terlebih dahulu. Bila sudah selesai, kita masukkan bahan yang terakhir iaitu kacang tanah tadi. Apabila semua bahan-bahan tadi dicampurkan, bolehlah kita gentel-gentelkan bahan tadi menjadi doh bulat-bulat. Setelah selesai membulatkan doh tadi biskut tadi siap untuk dimasak. Masak hingga kekuningan. Setelah siap dimasak, biskut tadi kita sadurkan dengan gula yang dikisar halus.

Selamat mencuba. Opps, terlupa pula, adunan tadi hendaklah di bakar.

No comments:

Post a Comment