BUSUK.ORG

Sunday, July 22, 2012

BISKUT MAKMUR BISTARI

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba ni saya nak berkongsi satu resepi yang mana mudah hendak disediakan. Resepi kita pada kali ini ialah biskut makmur modern. Saya tahu ramai yang pandai membuat biskut, tapi kali ini saya nak berkongsi kelainan resepi kali ini.

Bahan-bahannya ialah,

  • 1 kg tepung gandum,
  • 3/4 kg kacang tanah yang digoreng tanpa minyak,
  • 1 tin sederhana kecil minyak Ghee
  • 2 biji telur,
  • Gula untuk hiasan.
Cara-cara membuatnya senang je, mula-mula gorengkan tepung tanpa menggunakan minyak sehingga tepung menjadi ringan atau kekuningan sedikit (jangan masak hingga hangus). Setelah masak tunggu tepung menyejuk sedikit masukkan telur dan ramas tepung dan telur hingga rata. Awas! Setelah telur dimasukkan ke dalam tepung panas tadi adunan tadi hendaklah diadun dengan segera kerana telur akan masak di dalam tepung menyebabkan adunan menjadi berketul-ketul, dan perkara ini kita mesti elakkan. Setelah adunan tadi siap, masukkan minyak Ghee tadi yang telah dicairkan terlebih dahulu. Bila sudah selesai, kita masukkan bahan yang terakhir iaitu kacang tanah tadi. Apabila semua bahan-bahan tadi dicampurkan, bolehlah kita gentel-gentelkan bahan tadi menjadi doh bulat-bulat. Setelah selesai membulatkan doh tadi biskut tadi siap untuk dimasak. Masak hingga kekuningan. Setelah siap dimasak, biskut tadi kita sadurkan dengan gula yang dikisar halus.

Selamat mencuba. Opps, terlupa pula, adunan tadi hendaklah di bakar.

Saturday, July 21, 2012

Alahai bila pigi lawat kat blog member lain jealous pulak tengok. Mana taknya, blog dia orang semuanya hebat-hebat. Saya punya blog membosankan. Harap-harap ada yang nak bagi tutorial macam mana nak buat blog agar nampak lebih menarik.
Ramai di antara kita pada masa kini amat menitik beratkan rupa paras agar sentiasa nampak cantik menawan. Di sini saya nak berkongsi bersama tips untuk awet muda.
  1. Minum sebanyak boleh air masak kosong. Paling di syorkan minum selepas mandi dan sebelum tidur. Kerana ia boleh membantu mencantikkan kulit.
  2. Tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya 6-8 jam untuk orang dewasa. Jangan kurang dan jangan terlebih. Apabila seseorang itu cukup tidur maka badannya akan sentiasa cergas dan minda pun cerdas. Terdapat juga dari sumber berita ada orang yang mati akibat tidak tidur.
  3. Makan-makanan yang sihat. Perbanyakkan makan sayur dan ulam-ulaman, kerana sayur dan ulam-ulaman mempunyai bahan anti-oksida yang tinggi yang menyebabkan badan lambat malalui proses penuaan. 
  4. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15-30 minit sehari. Ini membolehkan badan kita menyingkirkan bahan toksik yang berlebihan melalui peluh.
  5. Akhir sekali hati kita. Hati kita mestilah sentiasa tenang, pendek kata kita hendaklah menjaga perilaku supaya kita tidak bermusuhan dengan sesiapa pun yang mana akan menyebabkan kita hidup dalam kemurungan. Bila kita hidup dalam tenang dan damai kita akan rasa bahagia yang akan menimbulkan senyum dan seri di muka. Ini akan menampakkan kta sentiasa awek muda.
So, mari kita amalkan gaya hidup yang sihat supaya kita akan menjimatkan wang dari berbelanja untuk kelihatan awet muda.

Friday, July 20, 2012

Sempena bulan puasa ni, ada satu resepi yang paling saya suka sebagai pembuka selera semasa buka puasa sebab ianya sedap dan mudah untuk disediakan. Resepi yang saya maksudkan ialah kerabu tauge. Saya tahu ramai yang pandai memasak, so resepi  ni saya nak share dengan sesiapatak tahu memasak.
Ikutilah cara membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah;
  • Tauge (Anggaran 1/2 kg)
  • Kacang tanah yang telah di goreng (ikut suka)
  • 5 tangkai lada kering 
  • 2 biji bawang merah
  • Tauhu yang telah digoreng di potong kiub
  • Limau kasturi
  • Belacan
Cara membuatnya, terlebih dahulu tauge hendaklah dicelurkan dengan air panas. Jangan terlalu lama!
Kemudian, Tumbuk lada kering, bawang merah, dan belacan hingga halus. Kacang tanah pula ditumbuk jangan terlampau halus. Biar agak kasar. Kemudian bolehlah digaul semua sekali bahan-bahan tadi hingga rata. Selepas itu peraskan limau tadi di dalam campuran tadi. Bagi sesiapa yang suka pedas tambahlah cili padi ikut suka anda. Kemudian bolehlah dihiaskan dengan lada merah, hijau besar dan daun sup. Hidangan siap untuk dijamu. Mudah bukan, Selamat mencuba.

Wednesday, July 18, 2012

Hari ini resepi pilihan saya untuk dikongsikan bersama ialah spounge cake. Resepi cukup mudah dan ringkas dan menggunakan modal yang sedikit.
Bahan-bahannya ialah;
  • 5 senduk besar tepung
  • 5 senduk besar gula
  • 10 biji telur (saiz A)
  • 1 1/2 buku butter
  • sedikit pewarna
  • 2 sudu teh esen vanilla
Cara-cara membuatnya, pukul telur dengan gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan butter, gaul hingga rata kemudian pukul hingga kembang. Dengan perlahan-lahan masukkan tepung, sekit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla dan pewarna mengikut pilihan anda sendiri. Adunan siap untuk dimasak. Masak selama 1 jam, sama ada dikukus atau dibakar.

Tuesday, July 17, 2012

Ini hari resepi sya untuk share dengan kawan-kawan ialah masakan sotong island. Masakan ini sesuai orang yang tidak mempunyai masa yang lama di dapur dengan kata lain orang yang sentiasa sibuk. Masakan ini amat senang untuk disediakan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah;

  • Sotong (banyak ikut suka)
  • Sayur campur (bunga kobis, brokoli, jagung muda, lobak merah)
  • 3 biji bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • sedikit halia
  • 2 tangkai serai
  • Lada besar (merah & hijau, sebagai hiasan)
  • Sedikit kicap (ikut suka)
  • sedikit asam jawa
  • Sedikit sos tiram
  • 3 tangkai lada kering
  • Bahan perisa secukup rasa (ajinomoto, garam, gula)
Mula-mula, kita rendamkan sebentar sayur-sayur tadi dengan air panas, ingat jangan sampai terlalu lama nanti sayur akan menjadi terlampau layu. Kemudian kita panaskan minyak di kuali, gunakan kuantiti minyak yabg sedikit. Kemudian kita gorengkan lada kering yang dipotong pendek. Jiklau lada sudah berubah sedikit warna masukkan bawang putih, merah, halia yang telah ditubuk halus. Kemudian masukkan serai, gorenga sehingga wangi. Setelah itu masukkan sos tiram tadi dan kacau. Jika sudah naik baunya masukkan sotong dan sayur tadi. Anggaran sotong tadi sudah separuh masak tabur kan bawang besar dan lada besar. Gaul sebentar dan makanan boleh dihidangkan.

Harap kawan-kawan sudi mencubanya.

Sunday, July 15, 2012

Bagi mereka yang mahu menurunkan barat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat menggunakan cara yang betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Berikut tip yang ingin saya kongsikan bersama supaya dapat membantu kawan-kawan mengurangkan berat badan agar tampil lebih berkeyakinan. Marilah kita bersama-sama mempraktikannya,
  • Makan dalam hidangan yang kecil. Walaupun anda mengambil hidangan kecil dengan kerap ia adalah lebih baik dari mengambil satu kali hidangan dalam hidangan yang besar. Ini bukan saja dapat nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  • Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tidak akn membantu meguruskan badan.
  • Elakkan kalori daripada minuman. ini adalah tip yang paling berkesan. Gantikan minuman bergula dengan minuman bebas gula.
  • Banyakkan minum air mineral. Tapi elakkan mengambil garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  • Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  • Segenggam karbohidrat. Kalau boleh ambil makanan yang mengandungi karbohidrat dalam bilangan anggaran segenggam tangan.
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup.
  • Lakukan senaman, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Ini boleh membantu membakar kalori yang berlebihan bagi mengelak kalori bertukar menjadi lemak.
Marilah kita bersama-sama menjalanka gaya hidup yang sihat.
  •  
Resepi hari ini adalah KEK BINGKA STRAWBERRY BONDA, harap semua boleh mencuba resepi baru ni. Resepi baru ni agak tinggi sedikit kos nya, tapi berbaloi kalau anda semua mencubanya.
Bahan-bahannya;  1. 10 Biji telur
                              2. 1 gelas tepung
                              3. 1/4 gelas gula
                              4. 1 botol kecil Horlick
                              5. 1 tin jem strawberry
                              6. 1tin kecil susu manis
                              7. 2 buku butter
Cara-cara membuatnya, telur dan butter dipukul hingga kembang, kemudian masukkan gula, kacau sehingga sebati. Setelah itu masukkan tepung dan horlick (berselang-seli). Gaul hingga sebati. Akhir sekali, masukkan campuran jem dan susu ke dalam adunan. Gaul sekali lagi hingga rata. Adunan siap untuk dimasak. Adalah lebih sedap jika adunan dikukus selama 3-4 jam.

Harap kawan-kawan semua mencuba dan suka resepi turun-temurun keluarga kami ni.
http://my.churpchurp.com/hasslina0508/share/churpchurp-invite

Thursday, July 12, 2012

Hari saya nak share pula satu lagi resepi tradisi bonda. Sya tahu banyak orang pandai memasak kuah satey, but for this resipe, i dedicate to my boss, sebab saya tahu dia memang suka masakan ni. Bahan-bahannya ialah,

  1. 1 kg kacang tanah yang telah dipanggang.
  2. 6-7 biji bawang putih
  3. 5 biji bawang merah
  4. sedikit langkuas
  5. 3 biji serai
  6. 3 cm halia
  7. lada kering yang telah dikisar (ikut suka)

Tuesday, July 10, 2012

KEK COKLAT

SAYA NAK KONGSI DENGAN KAWAN-KAWAN MACAM MANA NAK BUAT KEK COKLAT YANG RINGKAS,MURAH TAPI SEDAP.
BAHAN-BAHANNYA; 1 CAWAN GULA
                                1 CAWAM TEPUNG
                                2 BIJI TELUR UKURAN A
                                1/2 CAWAN SERBUK KOKO
                                1/2 CAWAN AIR SUAM
                                 1/2 BUKU BUTTER
CARA-CARANYA; MULA-MULA KACAU GULA DAB BUTTER SEHINGGA KEMBANG, SETELAH ITU MASUKKAN TELUR SEBIJI DEMI SEBIJI, MASUKKAN TEPUNG PERLAHAN-LAHAN, AKHIR SEKALI MASUKAN SERBUK KOKO BERSAMA AIR SUAM TADI. SETELAH ITU ADUNAN SIAP UNTUK DIMASAK, SAMA ADA DIKUKUS ATAU DIBAKAR.

Sunday, July 8, 2012

TUNJUK AJAR KU SIFU

Tak tahu nak buat macam mana. klau ada yang sudi nak ajar macam mana nak buat blog dengan lebih baik, saya sudi belajar.