BUSUK.ORG

Saturday, September 15, 2012

PAI AYAM

Sesekali nak juga kita beralih selera, apa kata kita cuba resepi pilihan saya kali ini, untuk sesiapa yang suka makan pai, resepi kali ini adalah pai ayam. Bahan-bahannya adalah,

Untuk bahagian kulit,
  • 200 gram marjerin
  • 2 biji kuning telur
  • 450 gram tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 6 sudu teh air sejuk
Untuk bahagian inti,
  • 300 gram isi ayam (dipotong dadu dan digoreng)
  • 500 ml susu segar
  • 1sudu teh lada hitam
  • 100 gram bawang besar
  • 2sudu makan tepung gandum
  • 2 helai daun sup
  • 1 tin cendawan butang (dipotong kiub)
  • Garam secukup rasa 
Cara-cara membuat kulit pai
  • Pukul marjerin dengan kuning telur sehingga kembang. 
  • Kemudian masukkan tepung dan garam, uli doh sehingga lembut
  • Masukkan air sekiranya perlu
  • Bungkus doh dan rehatkan selama 30 minit
  • Kemudian, canai dan letak ke dalam acuan dan bakar sehingga kekuningan
Cara-cara membuat inti
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang hingga wangi
  • Masukkan cendawan dan tepung, gaul hingga rata
  • Masukkan susu segardan garam secukupnya, perlahankan api dan kacau selama 4 minit
  • Apabila sudah pekat, masukkan daun sup, serbuk dan isi ayam goreng 
  • Masukkan inti ke dalam pastry, tutupkan bahagian atasnya dengan lapisan doh yang lain. Sapukan bahagian atas doh dengan telur
  • Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit
 Selamat mencuba.

Sunday, September 9, 2012

KEK PRUN KUKUS

Jom kita try lagi satu resepi pilihan saya kali ini, harap anda semua berminat untuk mencubanya.

Bahan-bahannya ialah;

  • 100 gram mentega,
  • 200 gram susu manis,
  • 2 biji telur,
  • 150 gram tepung gandum,
  • 1/2 sudu teh baking powder,
  • 1/2 sudu teh bikarbonat,
  • 300 gram buah prun cincang,
  • Mangkuk kertas kek.
Cara-cara membuatnya,
Mentega dan susu dikacau hingga kembang. Kemudian pukul telur pula hingga kembang setelah itu masukkan ke dalm adunan mentega. Gaul rata, masukkan tepung, baking powder dan bikarbonat dan gaul sekali lagi hingga sebati. Apabila adunan tadi sudah siap, masukkan ke dalam mangkuk kertas dan taburkan buah prun di atas kukus sampai masak.

Selamat mencuba.

KEK STRAWBERRY

Salam pada pembaca semua, agak lama sudah saya tak update blog. sekarang ni saya nak berkongsi bagaimana nak membuat kek strawberry yang sedap.

Bahan-bahannya,

  • 16 oz mentega,
  • 10 biji telur ayam,
  • 1 1/2 gelas tepung gandum,
  • 1 gelas tepung gandum,
  • 1 gelas tepung susu dumex atau nespray,
  • 1 botol kecil jem campuran,
  • 1 tin susu manis,
  • 1 paket kecil horlick,
  • 1 sudu teh strawberry, 
  • 1/2 gelas  gula kasar,
Cara membuatnya,
Pukul 10 biji telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi. Jem, mentega dan susu diputar di tempat lain. Tepung susu, tepung gandum dan horlick digaul rata di tempat lain juga. Sesudah siap masukkan campuran jem terlebih dahulu dalam adunan telur. Kacau sebati baru masukkan campuran tepung tadi. Kacau adunan hingga sebati. Sesudah siap masukkan dalam acuan dan kukuslah hingga masak. 

Selamat mencuba salah satu resepi kek kegemaran saya.

Sunday, July 22, 2012

BISKUT MAKMUR BISTARI

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba ni saya nak berkongsi satu resepi yang mana mudah hendak disediakan. Resepi kita pada kali ini ialah biskut makmur modern. Saya tahu ramai yang pandai membuat biskut, tapi kali ini saya nak berkongsi kelainan resepi kali ini.

Bahan-bahannya ialah,

  • 1 kg tepung gandum,
  • 3/4 kg kacang tanah yang digoreng tanpa minyak,
  • 1 tin sederhana kecil minyak Ghee
  • 2 biji telur,
  • Gula untuk hiasan.
Cara-cara membuatnya senang je, mula-mula gorengkan tepung tanpa menggunakan minyak sehingga tepung menjadi ringan atau kekuningan sedikit (jangan masak hingga hangus). Setelah masak tunggu tepung menyejuk sedikit masukkan telur dan ramas tepung dan telur hingga rata. Awas! Setelah telur dimasukkan ke dalam tepung panas tadi adunan tadi hendaklah diadun dengan segera kerana telur akan masak di dalam tepung menyebabkan adunan menjadi berketul-ketul, dan perkara ini kita mesti elakkan. Setelah adunan tadi siap, masukkan minyak Ghee tadi yang telah dicairkan terlebih dahulu. Bila sudah selesai, kita masukkan bahan yang terakhir iaitu kacang tanah tadi. Apabila semua bahan-bahan tadi dicampurkan, bolehlah kita gentel-gentelkan bahan tadi menjadi doh bulat-bulat. Setelah selesai membulatkan doh tadi biskut tadi siap untuk dimasak. Masak hingga kekuningan. Setelah siap dimasak, biskut tadi kita sadurkan dengan gula yang dikisar halus.

Selamat mencuba. Opps, terlupa pula, adunan tadi hendaklah di bakar.

Saturday, July 21, 2012

Alahai bila pigi lawat kat blog member lain jealous pulak tengok. Mana taknya, blog dia orang semuanya hebat-hebat. Saya punya blog membosankan. Harap-harap ada yang nak bagi tutorial macam mana nak buat blog agar nampak lebih menarik.
Ramai di antara kita pada masa kini amat menitik beratkan rupa paras agar sentiasa nampak cantik menawan. Di sini saya nak berkongsi bersama tips untuk awet muda.
  1. Minum sebanyak boleh air masak kosong. Paling di syorkan minum selepas mandi dan sebelum tidur. Kerana ia boleh membantu mencantikkan kulit.
  2. Tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya 6-8 jam untuk orang dewasa. Jangan kurang dan jangan terlebih. Apabila seseorang itu cukup tidur maka badannya akan sentiasa cergas dan minda pun cerdas. Terdapat juga dari sumber berita ada orang yang mati akibat tidak tidur.
  3. Makan-makanan yang sihat. Perbanyakkan makan sayur dan ulam-ulaman, kerana sayur dan ulam-ulaman mempunyai bahan anti-oksida yang tinggi yang menyebabkan badan lambat malalui proses penuaan. 
  4. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15-30 minit sehari. Ini membolehkan badan kita menyingkirkan bahan toksik yang berlebihan melalui peluh.
  5. Akhir sekali hati kita. Hati kita mestilah sentiasa tenang, pendek kata kita hendaklah menjaga perilaku supaya kita tidak bermusuhan dengan sesiapa pun yang mana akan menyebabkan kita hidup dalam kemurungan. Bila kita hidup dalam tenang dan damai kita akan rasa bahagia yang akan menimbulkan senyum dan seri di muka. Ini akan menampakkan kta sentiasa awek muda.
So, mari kita amalkan gaya hidup yang sihat supaya kita akan menjimatkan wang dari berbelanja untuk kelihatan awet muda.

Friday, July 20, 2012

Sempena bulan puasa ni, ada satu resepi yang paling saya suka sebagai pembuka selera semasa buka puasa sebab ianya sedap dan mudah untuk disediakan. Resepi yang saya maksudkan ialah kerabu tauge. Saya tahu ramai yang pandai memasak, so resepi  ni saya nak share dengan sesiapatak tahu memasak.
Ikutilah cara membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah;
  • Tauge (Anggaran 1/2 kg)
  • Kacang tanah yang telah di goreng (ikut suka)
  • 5 tangkai lada kering 
  • 2 biji bawang merah
  • Tauhu yang telah digoreng di potong kiub
  • Limau kasturi
  • Belacan
Cara membuatnya, terlebih dahulu tauge hendaklah dicelurkan dengan air panas. Jangan terlalu lama!
Kemudian, Tumbuk lada kering, bawang merah, dan belacan hingga halus. Kacang tanah pula ditumbuk jangan terlampau halus. Biar agak kasar. Kemudian bolehlah digaul semua sekali bahan-bahan tadi hingga rata. Selepas itu peraskan limau tadi di dalam campuran tadi. Bagi sesiapa yang suka pedas tambahlah cili padi ikut suka anda. Kemudian bolehlah dihiaskan dengan lada merah, hijau besar dan daun sup. Hidangan siap untuk dijamu. Mudah bukan, Selamat mencuba.