BUSUK.ORG

Sunday, July 15, 2012

Bagi mereka yang mahu menurunkan barat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat menggunakan cara yang betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Berikut tip yang ingin saya kongsikan bersama supaya dapat membantu kawan-kawan mengurangkan berat badan agar tampil lebih berkeyakinan. Marilah kita bersama-sama mempraktikannya,
  • Makan dalam hidangan yang kecil. Walaupun anda mengambil hidangan kecil dengan kerap ia adalah lebih baik dari mengambil satu kali hidangan dalam hidangan yang besar. Ini bukan saja dapat nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  • Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tidak akn membantu meguruskan badan.
  • Elakkan kalori daripada minuman. ini adalah tip yang paling berkesan. Gantikan minuman bergula dengan minuman bebas gula.
  • Banyakkan minum air mineral. Tapi elakkan mengambil garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  • Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  • Segenggam karbohidrat. Kalau boleh ambil makanan yang mengandungi karbohidrat dalam bilangan anggaran segenggam tangan.
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup.
  • Lakukan senaman, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Ini boleh membantu membakar kalori yang berlebihan bagi mengelak kalori bertukar menjadi lemak.
Marilah kita bersama-sama menjalanka gaya hidup yang sihat.
  •  

1 comment: